Tuesday, August 9, 2011

SIFAT MUSTAHIL

Sifat mustahil itu lawan sifat wajib iaitu:

Pertama: al-kidzb ertinya dusta
Kedua: al-Khianat ertinya curang
Ketiga: al-Kitman ertinya menyembunyikan
keempat: baladah ertinya bodoh

SIFAT-SIFAT RASUL

Sifat-sifat yang wajib pada hak segala rasul:

pertama: shidiq ertinya benar
Kedua: Amanah ertinya kepercayaan
Ketiga: Tabligh ertinya menyampaikan
keempat: Fathanah ertinya bijaksana

Monday, August 8, 2011

SIFAT 20

Pertama: Wujud ertinya ada
Kedua: Qidam ertinya sedia
Ketiga: Baqa’ ertinya kekal
Keempat: Mukhalafatuhu lil-hawadits. Ertinya: Bersalahan ia bagi segala yang baharu
Kelima: Qiyamuhu taala bi-nafsihi. Ertinya: Berdiri ia dengan sendirinya
Keenam: Wahdaniah ertinya Esa
Ketujuh: Qudrat ertinya kuasa
Kelapan: Iradat ertinya berkehendak
Kesembilan: Ilmu ertinya mengetahui
Kesepuluh: Hayat ertinya hidup
Kesebelas: Sama’ ertinya mendengar
Kedua belas: Bashar ertinya melihat
Ketiga belas: Kalam ertinya berkata-kata
Keempat belas: Kaunuhu taala qadiran. Ertinya: keadaan Allah taala yang kuasa
Kelima belas: Kaunuhu taala muridan. Ertinya: Keadaan Allah taala yang berkehendak
Keenam belas: Kaunuhu taala ‘aliman. Ertinya: Keadaan Allah taala yang mengetahui
Ketujuh belas: Kaunuhu taala hayyan. Ertinya: Keadaan Allah taala yang hidup
Kelapan belas: Kaunuhu taala sami’an. Ertinya: Keadaan Allah taala yang mendengar
Kesembilan belas: Kaunuhu taala bashiran. Ertinya: Keadaan Allah taala yang melihat
Kedua puluh: Kaunuhu taala mutakalliman. Ertinya keadaan Allah taala yang berkata-kata

PADA MENYATAKAN AKIDAH AHLUS-SUNNAH WAL-JAMAAH

Dan wajib atas orang yang aqil baligh itu bahawa mengetahui bahawasanya Allah taala itu:
• Esa tiada yang menyengutui bagiNya
• Tunggal tiada bagiNya banding
• Sedia tiada bagiNya permulaan
• Kekal tiada bagiNya kesudahan
• Maha suci daripada bersamaan dengan segala makhluk yang baharu
• Tiada sesuatu yang seumpama Allah taala dan iaitu yang mendengar dan yang melihat
• Tiada Allah taala itu berjisim yang berupa
• Maha suci Allah taala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada sesuatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu
• Tiada meliputi akan Allah taala itu oleh tempat
• Tiada menentukan Allah taala oleh zaman
• Allah taala itu dahulu daripada bahawa ia menjadikan akan zaman dan tempat. Dan adalah Allah taala sekarang atasnya, iaitu ada ia sedia tiada berubah-ubah daripada sedianya
Adapun setengah daripada segala sifat yang wajib bagi hak Allah taala itu maka iaitu dua puluh sifat…

Sunday, August 7, 2011

DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam

LIMA RAHSIA RAMADHAN...

Dr Yusuf Qardhawi dalm kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.


1. Menguatkan jiwa


Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.


Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.


Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.


Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firmanNya bermaksud :
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya." (Surah Al-Jaathiyah : 23)



Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga seala doanya dimakbulkan Allah.


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi." (Hadith Riwayat At-Tirmizi)


2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan


Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.


Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.


Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : "Puasa itu sebagai benteng." (daripada serangan keburukan)


Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohai unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan melupakan diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.


Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


3. Menyihatkan badan


Di samping kesihatn dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.


4. Mengenal nilai keknikmatan dan bersyukur.


Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat keran menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.


Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenugn nikmat Allah kepada kita.



Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita mnejadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.


Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)


5. Mengingati dan merasakan penderitaan 0rang lain.


Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaiman beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.


Dari sini puasa akan melahirkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.


Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya abgi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.


Allah berfirman bermaksud :
"Ambillah zakat daripada sebahagian harta merekan dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah At-Taubah : 103)

Tuesday, December 22, 2009

PUTERI GUNUNG LEDANG

(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).

Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah LaksamanaHang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:

• 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
• 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
• 7 dulang hati nyamuk.
• 7 dulang hati kuman.
• 7 tempayan air mata anak dara.
• 7 tempayan air pinang muda.
• 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak- kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Persoalan yg timbul:-

Adakah Puteri Gunung ledang itu wujud?
Siapa yg berada di puncak gunung?
Siapa yg berada di kaki gunung?
Adakah yg di puncak dan di kaki adalah yg sama?

segalanya "RAHSIA DALAM RAHSIA"

“ITULAH TANDA KEKUASAAN ALLAH SWT

MAKSIAT.. MAKSIAT...

Diceritakan di HARI PEMBALASAN, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi segala tuduhan dinafikan olehnya dengan bantahan keras.

"Tidak!! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Aku tidak melakukan semua itu."

Malaikat bersuara "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa!!"

Orang tersebut menoleh ke kiri dan kanan, lalu ke segenap penjuru tetapi anehnya, dia tidak menjumpai seorang saksi pun seperti yang didakwa. Dia hanya bersendirian. Maka beliau pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kamu maksudkan? Di sini tiada siapa kecuali aku dan suara mu." Maka malaikat pun berkata "Nah, inilah saksi-saksi itu!!"

Tiba-tiba sahaja matanya yang terkebil-kebil angkat bicara "Saya yang memandangi!!" kata mata. Tiba-tiba telinga juga angkat bicara "Sayalah yang mendengarkan!!"

Hidung juga tidak ketinggalan "Aku lah yang mencium!!". Bibir pula menyampuk "Aku lah yang merayu!!" Lidah pula menambah "Aku lah yang menghisap!!" Tangan meneruskan "Aku lah yang meraba dan meramas!!" Kaki menambah "Aku lah yang dipakai lari olehnya setelah ketahuan (Kantoi)!!".

Malaikat pun berkata "Nah!! Kalau ku biarkan, seluruh anggota tubuh mu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aib mu!!".

Orang tersebut tidak dapat menyanggah lagi. Beliau putus asa dan mula berdukacita, sebab sebentar lagi tubuh badannya bakal dibakar dan dihancur lumatkan ke dalam JAHANNAM. Pada hal beliau pada awalnya begitu yakin tidak bersalah. Tatkala beliau dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong kedengaran satu suara sayu penuh kelembutan, iaitu suara dari bulu matanya "Aku pun ingin membuat kesaksian!!" Malaikat pun membenarkan "Silakan".

"Aku berkata benar dan terus terang bahawa orang ini, ketika menjelang ajalnya, pada suatu malam, di tengah malam yang sunyi sepi. Aku pernah dibasahi dengan airmatanya ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

Bulu mata meneruskan "Bukankah Nabinya pernah berjanji bahawa apabila ada seorang hamba berdosa kemudian bertaubat, walau pun sehelai bulu matanya saja yang terbasahi air matanya dengan keinsafan, sudah cukup untuknya terlepas dari api neraka?"

Bulu mata menambah lagi "Maka aku, sehelai dari bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan TAUBAT hingga membasahi aku dengan air mata penyesalannya!!"

Dengan kesaksian sehelai bulu mata, orang tersebut telah dibebaskan dari api Neraka dan dimasukkan ke Syurga penuh kenikmatan. Sehinggakan terdengar satu suara yang bergema kepada para penghuni Syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk Syurga kerana pertolongan sehelai BULU MATA!!"

ILMU MENGANGKAT MARTABAT INSAN

Islam menggalakkan manusia menimba ilmu sebanyak mungkin dan setinggi yang boleh. Islam tidak pernah membezakan antara seseorang individu dengan individu yang lain dalam mempelajari ilmu sama ada dari segi umur, jantina dan keadaan fizikalnya bahkan tidak membataskan tempat belajarnya.
Dalam kita sibuk mempelajari dan mengejar ilmu ada golongan yang mengundur ke belakang tidak mahu malah membenci kepada orang-orang yang mahu mencari ilmu.

Firman Allah dalam surah Al-A`raf:179 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami masukkan ke dalam neraka jahannam itu terdiri dari kalangan jin dan menusia kerana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat. Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka inilah orang-orang yang lalai"

TUHAN SENTIASA BERSAMAMU...

Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh
ketenangan,tapi Allah saja yang tahu rahsia didalamnya.

Begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa tapi hanya
Allah yang tahu rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir
biarpun berjuta batu menghalang.

Jika rasa sedih,pandanglah ke langit,maka kau akan sedar
bahawa Allah sentiasa bersamamu...

Di balik kehidupan insan bernama: "Muhammad"

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur

Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,

"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"

MENTALITI ANJING

Seekor anjing dilontar dengan seketul batu, lantas menyalak-nyalak marahkan batu yang menyakiti tubuhnya. Marahnya pada batu itu, bukan kepada si pelontar batu itu. Itulah mentaliti anjing.

Tidaklah jauh bezanya dengan seorang yang apabila merasai dirinya ditipu atau dikhianati, atau dipersendakan atau direndahkan, maka akan marah dan amat kecewa sekali dengan sikap saudaranya itu. Pandangannya terarah kepada makhluk itu, bukan kepada itu "......Yang Menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu kerjakan". Inilah mentaliti seorang hamba yang terhijab dari hakikat.

Mungkin disebabkan jahilnya, mungkin kerana bebalnya, mungkin kerana tebalnya ammarah atau mungkin kerana punya penglihatan tetapi yang tidak boleh melihat.

Pada "si jahil" itu......... tidak hairanlah, sebab kerana kejahilannya itulah yang menjadikan mereka tidak tahu perkara yang sebenarnya.

Cinta dunia buat kita lupa pengorbanan kepada Allah

Cinta dunia buat kita lupa pengorbanan kepada Allah
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com
Peristiwa 10 Zulhijah sebagai ingatan tetapkan iman

PERISTIWA korban mengajar kita supaya taat kepada perintah Allah, beriman dan berserah kepada-Nya. Ia juga membawa erti kesanggupan seseorang itu melepaskan dengan ikhlas sesuatu yang amat disayangi atau dihargai untuk memberi manfaat kepada orang lain. Sudah tentulah menjadi korban untuk mendapatkan cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaan-Nya juga tidak mampu dilakukan oleh setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.

Kerana kuasa 'korban' yang begitu besar, sering kali ada yang bertanya, apa ganjaran berkorban? Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata bahawa sesungguhnya suatu hari sahabat Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?" Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim."



Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Hadis di atas mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup bergadai nyawa demi reda Ilahi dan akur bahawa setiap khazanah bumi hanyalah milik Allah dan Dia berhak mengambil dan menganugerahkan apa saja. Kitab Tafsir Ibn Kathir merakamkan pada awalnya, Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun ketika itu baginda sudah lanjut usia.

Namun baginda tidak pernah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat. Maka dengan kuasa Allah yang tidak dapat diduga baginda dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail. Siapalah yang tidak gembira mendapat cahaya mata? Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Soffat ayat 101 yang bermaksud: "Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar".

Ulama termasuk ahli kitab bersepakat bahawa Nabi Ismail dilahirkan terlebih dulu berbanding Nabi Ishak. Bahkan tercatat di dalam kitab ahli kitab bahawa Nabi Ismail dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun dan Nabi Ishak dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 99 tahun. Selepas Nabi Ismail meningkat remaja, satu ujian yang amat berat diturunkan oleh Allah SWT ke atas dua beranak itu, dengan tujuan menguji keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah.

Allah SWT memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih putera kesayangannya. Walaupun terlalu berat hati Nabi Ibrahim untuk menyatakan perintah Allah itu kepada anaknya, Ismail, tetapi ia adalah perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

Dengan hati yang sedih, Nabi Ibrahim menyatakan mengenai perintah Allah itu kepada Nabi Ismail, namun tiada apa yang mengejutkan Nabi Ismail sebaliknya baginda berkata: "Wahai bapaku laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang yang sabar".

Ada dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar, iaitu seorang ayah yang terpaksa mengorbankan perasaan cinta dan kasih kepada anak yang sudah lama ditunggu-tunggu dengan 'mengorbankannya', demi patuh dan redanya terhadap perintah Allah SWT. Seterusnya, ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah.

Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Sebab itulah, seandainya seorang Muslim itu mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah', lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian." (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah adalah sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka kepada Allah tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa bukan mudah meletakkan cinta pada pemiliknya tetapi keyakinan terhadap Ilahi memungkinkan segala-galanya dan ia hanya akan dimiliki oleh sesiapa yang sudah cukup kenal Allah SWT.

Menurut Imam al-Ghazali, ma'rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta kerana cinta tanpa ma'rifah tidak mungkin berlaku kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya saja. Sebab itulah kita perlu rasional memilih cinta yang sementara, agar ia tidak mengatasi cinta yang kekal sampai bila-bila.

Takut mengorbankan dunia kerana akhirat pernah menjadi peringatan kepada setiap Muslimin. Sifat tamak terhadap cinta dunia lumayan menjerumuskan kita ke lembah yang sia-sia, tiada apa pun menjadi milik kita, walau pasir sebesar zarah pun. Di dalam al-Quran Allah SWT memberi amaran kepada manusia melalui firman-Nya dalam surah At-Taubah, ayat 24 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq".

Justeru, biarlah peristiwa 10 Zulhijjah yang mengimbau sebuah pengorbanan menjadi zikir untuk kita menetapkan hati agar sentiasa beringat bahawa segala khazanah dunia ini pemiliknya hanya satu saja dan kita perlu sentiasa bersedia untuk berkorban apa saja.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Saturday, September 27, 2008

Apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan apa tujuannya?

Apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan apa tujuannya?
Itu sebab hari ini, rakyat dan orang ramai kecuali ahli-ahli UMNO merasa bingung dan keliru dengan keadaan yang berlaku. Akta Keselamatan Dalam Negeri satu Akta bagi tujuan melawan anasir anti nasional dan subversif. Tetapi Menteri yang jaga undang-undang yang khabar Firma Peguam punya beratus peguam pun tak tahu apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan apa tujuannya. Bukan kah Akta ISA itu diperbuat di bawah bidang kuasa Perkara 149 Perlembagaan Malaysia. Cuba baca apa kata Perlembagaan Malaysia 1957.


Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan”


(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau


(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau


(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau


(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau


(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau


(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,


Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.


(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkai undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

Friday, September 12, 2008

DAJJAL PEROSAK AGAMA DAN MANUSIA...